Selasa, 14 Februari 2012

Take Five

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kaedah ini adalah kaedah pendaraban yang melibatkan nombor dua digit atau lebih yang berakhir dengan 5. Sebagai contoh, 25 X 25, 145 X 145, 35 X 45, 95 X 105, 19 X 15...



Kaedah ini terbahagi kepada tiga kes.

Kes 1: Pendaraban suatu nombor dua digit atau lebih dengan dirinya sendiri.

Contoh 1: 

25 X 25

Digit pertama dalam nombor di atas adalah 2, maka nombor 2 itu kita darabkan dengan 3 (kenapa 3? Kerana 3 adalah nombor terdekat yang lebih besar dari dua)

 2 X 3 = 6

Hasil darab ini, kita gabungkan dengan 25 ( biasanya hasil darab untuk kes begini berakhir dengan 25)

= 625
___________________________
 
Contoh 2:

75 X 75

7 X 8 = 56

=5625
____________________________

Contoh 3:

165 X 165

16 X 17 = 272

=27225

Hmmm...senang tak? Senangkan... :). Jom tengok kes seterusnya.
 
Kes 2: Pendaraban nombor dua digit atau lebih yang kedua-duanya berakhir dengan 5. Perbezaan di antara kedua2nya sebanyak sepuluh contoh 35 X 45, 75 X 85..

Contoh 1: 

35 X 45

Bagi digit pertama dalam contoh ini, antara 3 dan 4, mana yang lebih besar? 4 kan? Ok, ambil nombor yang lebih besar itu (4), tambahkan dengan 1:-

4 + 1 = 5

Hasil tambah itu, darabkan dengan nombor yang lebih kecil iaitu 3:-

5 X 3 = 15

Hasil darab itu kemudian digabungkan dengan 75 (biasanya  hasil darab untuk kes kedua ini berakhir dengan 75).

= 1575
___________________________

Contoh 2:

95 X 105

10 + 1 = 11

11 X 9 = 99

= 9975
___________________________

Contoh 3:

175 X 185

18 + 1 = 19

19 X 17 =323

= 32375

Bestkan? Mudah sangat... ;)

Kes 3: Pendaraban sebarang nombor dengan 15. Penyelesaian bagi kes ini menyerupai pendaraban dengan 12.

Contoh 1:

18 X 15 

 Mula-mula darabkan 18 dengan 10:-

18 X 10 = 180

Kemudian darabkan 18 dengan 5:-
18 X 5 = 90

Kedua-dua hasil darab ini ditambah antara satu sama lain:-

180 + 90 = 270
____________________________

Contoh 2:

35 X 15 

35 X10 = 350
35 X 5 = 175
350 + 175 = 525

Alhamdulillah, semua pendaraban yang kelihatan sukar dapat diselesaikan dengan kaedah ringkas dan mudah, kan? Cikgu harap selepas ni kamu semua akan lebih berminat dengan Matematik dan dapat memerhatikan pattern bagi sesuatu pengiraan. Mana tahu, ada di kalangan kamu sebenarnya dilahirkan sebagai genius Matematik.. atau suatu hari nanti bakal menjadi genius Matematik. Amiin.

Dengan berakhirnya nota ini, maka berakhirlah juga Asas Pengiraan Mudah untuk pengisian blog Cikgu kali ini. Jika diizinkan Allah, Cikgu akan tambahkan lagi teori dan teknik-teknik pengiraan yang mudah dan menarik khas buat para pelajar Cikgu.

Let's take five!

Isnin, 13 Februari 2012

Rescue 999

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pernah tak kamu terfikir, betapa mudahnya mendarab sebarang nombor dengan nombor yang semua digitnya terdiri daripada angka 9.

Sebagai contohnya 29 X 9, 38 X 99, 754 X 999, 4569 X 9999, 30 X 99999..

Kalau mendarab guna kaedah biasa..bukan setakat menganga nak mendarab semua ni, tapi boleh juling biji mata, kan?

Jangan bimbang, Cikgu Wahida ada penyelesaiannya. Jeng jeng jeng...


Contoh 1:

26 X 9

Bulatkan (round off) 9 kepada puluh terhampir iaitu 10

9 ~ 10

Kemudian darabkan 26 dengan 10

26 X 10 = 260

Kemudian tolakkan dengan 26

260 - 26 = 234

___________________________________

Contoh 2:

37 X 99
 
99 ~ 100

37 X 100 = 3700

3700 - 37 =  3663

____________________________________

Contoh 3: 

987 X 9,999

9999 ~ 10,000

987 X 10000 = 9,870,000

9,870,000 - 987 = 9,869,013

Hurrmmm...bestnya...

Ahad, 12 Februari 2012

Save on Eleven

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kemahiran seterusnya yang akan Cikgu ajar adalah pendaraban suatu nombor dengan nombor 11.

Kalau 4 X 11 atau 10 X 11 tentu tak ada masalah, kan? Jawapannya 44 dan 110. Tetapi jika digit tersebut semakin bertambah, tentunya kamu terpaksa kira melalui pandaraban biasa.

Sebagai contoh, 13 X 11, 25 X 11, 38 X 11, 245 X 11, 3642 X 11, 7998 X 11...

Haaa..tentu menganga nak darab semua ni.

Cikgu rasa penat nak menaip semua kaedah yang panjang-panjang tu, jadi Cikgu minta tolong Cik Assistant cikgu, YouTube lah yang ceritakan semuanya ya... dah dinihari pun sekarang ni. Cikgu nak tidur dulu... Selamat menunaikan ibadah tidur..



Pendaraban Pintar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pelajar-pelajar yang cikgu sayangi kerana Allah. Tahun ni kamu dah masuk tingkatan satu. Ilmu dan penguasaan Matematik kamu seharusnya bertambah dan lebih baik. Cikgu akan bantu kamu menguasai pelbagai kemahiran asas Matematik sebelum kamu melangkah ke tahap yang lebih tinggi..sebelum kamu mempelajari Matematik Tambahan. Insya Allah..

Kamu semua dah hafal sifir 2 hingga 12 semenjak di sekolah rendah lagi, kan? Siapa tak ingat sifir? Haaa...tengok, dah ada yang berpeluh bila cikgu tanya tu.. Hehe.

Tentunya untuk menghafal sifir 2 hingga 5 tidak menjadi masalah besar buat kamu. Tetapi sifir yang selalu menjadi masalah ialah 6, 7, 8, 9 dan 12. Betul, tak? 

Baiklah, hari ini Cikgu akan ajar kamu kaedah menguasai sifir 6, 7, 8, 9 dan 12 secara mudah. Mana tahu, ketika menjawab soalan peperiksaan, kamu menggelabah dan lupa sifir..daripada kamu mengira satu persatu, kamu bolehlah gunakan kaedah mudah ini. Jimat masa!

Untuk sifir 6X6 hinggalah 10 X 10 sila tonton video di bawah:-


Hmm...macamana, senangkan?

Untuk sifir 12, inilah kaedahnya...

Contoh 1:
8 X 12

Pisahkan 12 kepada 10 dan 2, kemudian darabkan kedua-duanya dengan 8:-

8 X 10 = 80

8 X 2 = 16

Tambahkan hasil darab tersebut:-
80 + 16 = 96
 _________________________

Contoh 2: 

43 X 12;

43 X 10 = 430

43 X 2 = 86

430 + 86 = 516

Amatlah senangnya.....


Sabtu, 11 Februari 2012

Penambahan Pintar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Di dalam penambahan panjang, adalah lebih mudah jika kita menambah dengan menggenapkan nombor-nombor yang boleh menghasilkan sepuluh, dua puluh, tiga puluh,....., seratus,..., seterusnya. Kemudian kita tambahkan nombor-nombor yang telah digenapkan itu.

Contoh 1:




1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = ?

= (1 + 9) + (2 + 8) + (3 + 7) + (4 + 6)  + 5 

= 10 +10 + 10 + 10 + 5 

= 45

Senang, tak? Hmmm...senangkan? Jom kita tengok contoh lain lagi..

Contoh 2:

9 + 23 + 41 + 17 = ?


= (9 + 41) + ( 23 + 17)


= 50 + 40


= 90
_______________________

Contoh 3:

74 + 32 + 17 + 28 + 16 = ?


= (74 + 16) + (32 + 28) +17


= 90 + 60 + 17


= 167

 Oklah.. cukuplah dahulu untuk pemanas..Insya Allah Cikgu update dengan post baru.

Jumaat, 10 Februari 2012

Kemahiran Asas Matematik

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum wbt...

Apa khabar pelajar-pelajar Cikgu? Cikgu harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat wal'afiat. Dah dua minggu tinggal di asrama MRSM Kota Putra. Seronok tak? Tentu seronok, kan? Ada sekolah baru, ada kelas baru, ada bilik baru, ada cikgu baru dan yang paling penting, ada kawan-kawan baru.

Tapi, Cikgu yakin, mesti ada yang rindu pada keluarga di kampung, kan? Haa..tu ada yang menangis. Hihi..

Rindu tak salah, sebab rindu itu tandanya kamu adalah anak yang baik. Tapi janganlah kerinduan tu menyebabkan kamu tak dapat fokus belajar. Ingat ye, betapa besar harapan ibu dan ayah kamu untuk melihat kamu menjadi huffaz yang cemerlang akademik dan sahsiah.

Ok, dalam blog ni, Cikgu akan ajar kamu kaedah pengiraan pintar yang sangat unik dan menarik. Kaedah ini terangkum dalam silibus Kemahiran Asas Matematik untuk tingkatan 1 yang digunapakai di MRSM  seluruh negara. Selepas belajar kaedah ni, tentu kamu lebih berminat dengan Matematik, berminat untuk melakukan latih-congak.

Semoga ilmu baru dari blog ini akan menumbuhkan minat kamu terhadap Matematik sehingga lahirlah pakar Matematik Muslim yang genius lagi bertaqwa kepada Allah. Insya Allah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...