Ahad, 12 Februari 2012

Pendaraban Pintar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pelajar-pelajar yang cikgu sayangi kerana Allah. Tahun ni kamu dah masuk tingkatan satu. Ilmu dan penguasaan Matematik kamu seharusnya bertambah dan lebih baik. Cikgu akan bantu kamu menguasai pelbagai kemahiran asas Matematik sebelum kamu melangkah ke tahap yang lebih tinggi..sebelum kamu mempelajari Matematik Tambahan. Insya Allah..

Kamu semua dah hafal sifir 2 hingga 12 semenjak di sekolah rendah lagi, kan? Siapa tak ingat sifir? Haaa...tengok, dah ada yang berpeluh bila cikgu tanya tu.. Hehe.

Tentunya untuk menghafal sifir 2 hingga 5 tidak menjadi masalah besar buat kamu. Tetapi sifir yang selalu menjadi masalah ialah 6, 7, 8, 9 dan 12. Betul, tak? 

Baiklah, hari ini Cikgu akan ajar kamu kaedah menguasai sifir 6, 7, 8, 9 dan 12 secara mudah. Mana tahu, ketika menjawab soalan peperiksaan, kamu menggelabah dan lupa sifir..daripada kamu mengira satu persatu, kamu bolehlah gunakan kaedah mudah ini. Jimat masa!

Untuk sifir 6X6 hinggalah 10 X 10 sila tonton video di bawah:-


Hmm...macamana, senangkan?

Untuk sifir 12, inilah kaedahnya...

Contoh 1:
8 X 12

Pisahkan 12 kepada 10 dan 2, kemudian darabkan kedua-duanya dengan 8:-

8 X 10 = 80

8 X 2 = 16

Tambahkan hasil darab tersebut:-
80 + 16 = 96
 _________________________

Contoh 2: 

43 X 12;

43 X 10 = 430

43 X 2 = 86

430 + 86 = 516

Amatlah senangnya.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...