Aktiviti

Bengkel Kemahiran Asas Matematik

Pada 26 - 28 Januari 2012 yang lalu, telah diadakan Bengkel Kemahiran Asas Matematik untuk semua pelajar baru Tingkatan 1 MRSM Kota Putra. Bengkel tersebut dikendalikan oleh guru-guru Matematik Tingkatan 1 iaitu Cikgu Wahida, Cikgu Safrina, Cikgu Adni dan Cikgu Izian.

Bengkel tersebut diadakan di Dewan Kuliah MRSM Kota Putra.

Pengisian yang diberikan kepada para pelajar adalah Silibus Kemahiran Asas Matematik MRSM yang merangkumi asas-asas penambahan dan pendaraban pantas, pembahagian dan aplikasi nombor dan operasi untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai kaedah Matematik mudah dan menarik yang terdapat di dalam teknologi virtual.

AlhamdulilLah, aktiviti ini ternyata amat berkesan dan menyeronokkan untuk para pelajar yang baru merasai suasana tinggal di asrama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...