Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kaedah ini adalah kaedah pendaraban yang melibatkan nombor dua digit atau lebih yang berakhir dengan 5. Sebagai contoh, 25 X 25, 145 X 145, 35 X 45, 95 X 105, 19 X 15...
Kaedah ini terbahagi kepada tiga kes.
Kes 1: Pendaraban suatu nombor dua digit atau lebih dengan dirinya sendiri.
Contoh 1:
25 X 25
Digit pertama dalam nombor di atas adalah 2, maka nombor 2 itu kita darabkan dengan 3 (kenapa 3? Kerana 3 adalah nombor terdekat yang lebih besar dari dua)
2 X 3 = 6
Hasil darab ini, kita gabungkan dengan 25 ( biasanya hasil darab untuk kes begini berakhir dengan 25)
= 625
___________________________
Contoh 2:
75 X 75
7 X 8 = 56
=5625
____________________________
Contoh 3:
165 X 165
16 X 17 = 272
=27225
Hmmm...senang tak? Senangkan... :). Jom tengok kes seterusnya.
Kes 2: Pendaraban nombor dua digit atau lebih yang kedua-duanya berakhir dengan 5. Perbezaan di antara kedua2nya sebanyak sepuluh contoh 35 X 45, 75 X 85..
Contoh 1:
35 X 45
Bagi digit pertama dalam contoh ini, antara 3 dan 4, mana yang lebih besar? 4 kan? Ok, ambil nombor yang lebih besar itu (4), tambahkan dengan 1:-
4 + 1 = 5
Hasil tambah itu, darabkan dengan nombor yang lebih kecil iaitu 3:-
5 X 3 = 15
Hasil darab itu kemudian digabungkan dengan 75 (biasanya hasil darab untuk kes kedua ini berakhir dengan 75).
= 1575
___________________________
Contoh 2:
95 X 105
10 + 1 = 11
11 X 9 = 99
= 9975
___________________________
Contoh 3:
175 X 185
18 + 1 = 19
19 X 17 =323
= 32375
Bestkan? Mudah sangat... ;)
Kes 3: Pendaraban sebarang nombor dengan 15. Penyelesaian bagi kes ini menyerupai pendaraban dengan 12.
Contoh 1:
18 X 15
Mula-mula darabkan 18 dengan 10:-
18 X 10 = 180
Kemudian darabkan 18 dengan 5:-
18 X 5 = 90
Kedua-dua hasil darab ini ditambah antara satu sama lain:-
180 + 90 = 270
____________________________
Contoh 2:
35 X 15
35 X10 = 350
35 X 5 = 175
350 + 175 = 525
Alhamdulillah, semua pendaraban yang kelihatan sukar dapat diselesaikan dengan kaedah ringkas dan mudah, kan? Cikgu harap selepas ni kamu semua akan lebih berminat dengan Matematik dan dapat memerhatikan pattern bagi sesuatu pengiraan. Mana tahu, ada di kalangan kamu sebenarnya dilahirkan sebagai genius Matematik.. atau suatu hari nanti bakal menjadi genius Matematik. Amiin.
Dengan berakhirnya nota ini, maka berakhirlah juga Asas Pengiraan Mudah untuk pengisian blog Cikgu kali ini. Jika diizinkan Allah, Cikgu akan tambahkan lagi teori dan teknik-teknik pengiraan yang mudah dan menarik khas buat para pelajar Cikgu.
Let's take five!



